Thursday 30 May 2013









FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

 SEMESTER JANUARI 2013

HBEF 3503     PENDIDIKAN INKLUSIF

TUGASAN 1 AKTIVITI 1



NAMA                                               :           CHUNG SHIAU YEN

NO. MATRIKULASI                      :           820624125340001

NO. KAD PENGENALAN             :           820624125340

NO. TELEFON                                 :           0168425340

E-MEL                                               :           julietsierrayankee82@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN           :           PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

                                   


ISI  KANDUNGAN
MUKA SURAT




Abstrak
2



1.0
Pengenalan
3



2.0
Pernyataan Masalah
4



3.0
Objektif
4



4.0
Tinjauan Literatur
5

4.1 Definisi Pendidikan Inklusif
5

4.2 Pendidikan Inklusif di Malaysia
5

4.3 Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif
5 - 6

4.4 Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan   
      Pendidikan Khas.
7



5.0
Maklumat Murid Berkeperluan Khas
7 - 9



6.0
Keperluan Logistik
9 - 10



7.0
Sokongan Organisasi Luar
11



8.0
Kesimpulan
11



9.0
Rujukan
12













ABSTRAK

Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dimana mereka memasuki kelas aliran perdana dengan mengikuti sukatan pelajaran pelajar aliran perdana dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Oleh itu, kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mencadangkan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif (PPI) untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di Sekolah Jenis Kebangsaan ( Cina ) Yuk Chin, Tawau, Sabah.        

Keistimewaan pelaksanaan program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid bermasalah pembelajaran akan disertakan dengan seorang guru pendidikan khas atau kata lain guru pendamping dimana guru ini akan membantu murid-murid tersebut. Guru-guru kelas dan guru-guru mata pelajaran akan diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid bermasalah pembelajaran dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas dan Pejabat Pelajaran Daerah Tawau (PPDT), Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Melalui pendedahan ini, guru-guru kelas dan guru-guru mata pelajaran akan dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan guru-guru pendamping untuk membantu pelaksanaan pembelajaran murid-murid bermasalah pembelajaran. Murid-murid bermasalah berkenaan akan mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama dengan rakn sekelas mereka dan dapat berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir.









1.0  PENGENALAN

Pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif  bukanlah mudah. Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya.

Tujuan program pendidikan inklusif dilaksanakan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua murid pendidikan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial dan akademik dengan rakan aliran perdana. Matlamatnya ialah memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran dan pembelajaran serta menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkeperluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. (Mohd Siraj Awang. 1996).

Ramai yang tidak faham mengapa murid pendidikan khas perlu belajar bersama dengan murid aliran perdana. Guru pendidikan khas dibayar elaun untuk mengajar mereka. Anggapan itulah yang selalu didengari atas alasan tidak mahu menerima hakikat bahawa murid pendidikan khas belajar bersama dengan murid aliran perdana. Kebanyakkan guru yang tidak faham merasa terbeban kerana kehadiran murid tersebut di dalam kelas mereka.

Tetapi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tetap bermatlamat untuk memastian semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenalpasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditngkatkan.



2.0  PERNYATAAN MASALAH

Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah arus perdana mengintegrasikan satu hingga lima murid berkeperluan khas dalam kelas arus perdana. Namun begitu, hanya segelintir murid berkeperluan khas mengikuti PPI. Ini kerana masih banyak sekolah arus perdana kurang bersedia untuk melaksanakan pendidikan inklusif serta kurangnya kepercayaan dan keyakinan ibu bapa untuk memilih pendidikan inklusif untuk anak-anak mereka yang berkeperluan khas. Selain itu kurangnya penglibatan organisasi atau badan-badan tertentu dalam menyediakan guru pendamping yang boleh mengajar semua jenis kanak-kanak menggagalkan usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Walaupun pendidikan inklusif digalakkan oleh Kementerian Pelajaran, namun pelaksanaan pendidikan inklusif masih belum lagi meluas. Oleh yang demikian, cadangan atau garis panduan yang menyeluruh ini perlu dijalankan dalam pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yuk Chin, Tawau, Sabah supaya ia dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat sama ada murid berkeperluan khas mahupun murid normal yang berada di kelas tersebut.

3.0  OBJEKTIF

a.       Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.
b.      Menempatkan pelajar pendidikan khas ini dalam persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
c.       Pihak sekolah boleh menyesuaian panduan umum ini mengikut keperluan murid, guru dan sekolah masing-masing.
d.      Meningkatkan kesedaran murid-murid normal tentang murid berkeperluan khas bahawa mereka juga adalah sebahagian daripada ahli masyarakat.
e.       Murid-murid khas berpeluang menyesuaikan diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai aktiviti yang disediakan.
f.       Untuk mengelakkan daripada diskriminasi dalam pendidikan dan kemudahan yang telah dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.
g.      Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid berkeperluan khas standing dengan murid normal untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.

4.0  TINJAUAN LITERATUR

4.1  Definisi Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. ( Kamariah Jarji, 1994 )
Menurut Abraham. Morris and wald (1993) : “one in which children with and without disabilities learn and play together”. Manakala menurut Abdul Rahim Selamat, 1994 pula, pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.

4.2  Pendidikan Inklusif di Malaysia

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Zaleha Tambi Adam, 1997). Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, masalah pembelajaran adalah antara mereka yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas diberi peluang untuk menerima pendidikan dengan menghadiri satu daripada tiga opsyen persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas; program integrasi pendidikan khas atau program pendidikan inklusif. Pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

4.3  Isu dan Cabaran Pendidikan Inklusif

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem Pendidikan Arus Perdana merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam meletakkan pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Namun terdapat pelbagai isu dan cabaran dalam melaksanakan pendidikan inklusif secara sepenuhnya di setiap sekolah. Antara faktor yang menjadi kekangan utama ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982). Selain itu juga kajian Mohd Najib, 2006 yang meninjau pendapat guru Pendidikan Khas berkaitan pendidikan inklusif mendapati cabaran dan isu yang sering dihadapi termasuklah :

Ø  Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas inklusif.
Ø  Penyelarasan pengajaran : Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.
Ø  Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid menghadapi masalah dalam pembelajaran.
Ø  Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid berkeperluan khas yang jauh terasing, atau di tempat yang tidak selesa. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.
Ø  Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan Khas senang dan ringan. Oleh itu, mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.
Ø  Hubungan dengan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa : Ibu bapa kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa guru walaupun diminta untuk datang berjumpa. Hal ini adalah disebabkan ibu bapa tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk anak-anak mereka.


4.4  Badan-badan Bukan Kerajaan Yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Govermental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di Negara kita. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah :

a)      Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
b)      Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran social.
c)      Pusat Harian Kanak-kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.
d)     Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.



5.0   MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS

Bagi Sekolah Jenis Kebangasaan (Cina) Yuk Chin, terdapat beberapa murid yang telah disahkan oleh doktor pakar bahawa mereka merupakan murid-murid berkeperluan khas. Murid-murid ini merupakan murid Tahun 4 dan mereka pernah mengikuti program pemulihan khas pada tahun 2011, tetapi malangnya pada tahun ini, mereka terpaksa mengikuti pelajaran mereka di kelas arus perdana. Seorang daripada mereka pula merupakan murid Tahun 3 sekarang dan masih dalam program pemulihan khas. Walaupun murid ini masih dalam program pemulihan khas, tetapi masa untuk pembelajaran adalah terhad disebabkan guru perlu mengajar di kelas arus perdana juga. Murid-murid berkeperluan khas ini terdiri daripada :-

a)      Murid bermasalah pembelajaran – Slow Learner

Di SJK (C) Yuk Chin, murid yang mengalami masalah pembelajaran akan ditempatkan ke dalam Program LINUS yang juga menjadi antara program pendidikan inklusif yang dilaksanakan di hampir setiap sekolah di seluruh negara. Program yang dilaksanakan ini bertujuan untuk membantu mengatasi masalah kemahiran 3M dalam kalangan murid berkeperluan khas iaitu kemahiran membaca, kemahiran menulis dan juga kemahiran mengira. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diikuti oleh murid berkeperluan khas ini, modul pengajaran yang digunakan oleh guru adalah modul LINUS yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Ini bermakna bahawa program pendidikan inklusif yang dilaksanakan di SJK (C) Yuk Chin Tawau ini memerlukan setiap murid berkeperluan khas yang mengalami masalah pembelajaran khususnya masalah kemahiran 3M untuk mengikuti program pendidikan inklusif yang dilaksanakan di sekolah.



http://panitiapemulihan.files.wordpress.com/2012/01/bezalinus.jpg
 




















b)      Murid bermasalah pembelajaran  - Disleksia ( Dyslexia)
Perkataan Disleksia berasal daripada gabungan 2 perkataan Greek/Yunani iaitu dys yang bermaksud kesukaran/kesusahan dan lexis yang bermaksud bahasa atau pertuturan. Jadi apabila ia digabungkan, ia membawa maksud kesukaran atau kesusahan dalam bahasa. Secara literalnya, dyslexia bermaksud kesukaran dalam bahasa.
Murid-murid disleksia menghadapi masalah kesukaran mengeja, membaca dan mnulis. Mereka tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis dengan betul sama ada dalam bentuk huruf, suku kata atau perkataan. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh kecelaruan pada otak di bahagian bahasa.
Sesetengah mereka yang  mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir.
Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

6.0  KEPERLUAN LOGISTIK

Keperluan logistik adalah sangat penting. Dalam memastikan program pendidikan inklusif di SJK (C) Yuk Chin Tawau dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan lancar, terdapat beberapa keperluan logistik yang telah disediakan oleh pihak sekolah dan KPM. Kesemua keperluan logistik ini bertujuan untuk  membantu menjayakan pelaksanaan program pendidikan inklusif. Antara keperluan logistik yang perlu ditambah di SJK (C) Yuk Chin Tawau ialah:-

6.1  Tenaga Pengajar
Tanggungjawab dan peranan guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif adalah : -
Ø  Layanan dan bimbingan yang adil.
Ø  Merancang dan melaksanakan penilaian.
Ø  Dedikasi dan komitmen yang tinggi.
Ø  Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif
6.2  Kemudahan Asas Untuk Pelajar Khas
Ø  Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
Ø  Bahan rujukan / peralatan tambahan - atas kebijaksanaan / inisiatif pihak sekolah.
Ø  Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.
Ø  Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.
Ø  Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.
6.3  Bahan Bantu Mengajar dan Kemudahan Pengajaran

Salah satu faktor kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif adalah penyediaan bahan bantu mengajar kepada guru untuk diaplikasi di dalam kelas. Kemudahan bahan bantu mengajar dan bahan bantu belajar juga perlu disediakan dalam setiap pelaksanan ativiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai bahan pembelajaran ini adalah sebagai salah satu cara yang boleh digunakan dalam merangsang minat dan kecenderungan kanak-kanak menjalankan aktiviti pembelajaran.
Memandangkan murid yang terlibat dalam program pendidikan inklusif ini adalah mereka yang dikategorikan sebagai murid berkeperluan khas, maka bahan bantu mengajar dan kemudahan pengajaran lain juga perlu selari dengan masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas. Contohnya seperti murid yang mengikuti Program LINUS yang mana guru perlu dibekalkan dengan modul pengajaran program LINUS.
Selain itu, guru juga perlu bijaksana dalam menyediakan pelbagai bahan pengajaran mereka. Contohnya seperti mereka bentuk pelbagai bahan bantu mengajar yang bercirikan fizikal dan interaktif yang dapat digunakan oleh guru dan murid semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kebergantungan guru terhadap modul pengajaran yang disediakan oleh KPM akan menghadkan aktiviti pengajaran guru. Sebaliknya, kemahiran dan kebijaksanaan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar akan dapat membantu guru untuk mempelbagai bahan bantu mengajar mereka dan seterusnya akan dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran mereka. Ini juga akan mempengaruhi perkembangan akademik dalam kalangan murid berkeperluan khas.

7.0  SOKONGAN ORGANISASI LUAR

Seperti mana yang telah dibincangkan di atas, program pendidikan inklusif di SJK (C) Yuk Chin masih tidak dapat dilaksanakan dengan sempurnanya kerana kekurangan pendedahan tentang Program Pendidikan Inklusif dan juga kekurangan tenaga pengajar. Walaupun guru pemulihan khas sedang menjalankan tugasnya, tetapi tenaganya adalah terhad.
Selainnya, terdapat juga sokongan daripada ibu bapa khususnya dalam memantau perkembangan yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka di rumah, namum ianya masih tidak mencukupi sekiranya program pendidikan inklusif ini tidak mendapat sokongan daripada pihak luar.


8.0  KESIMPULAN
Dengan cadangan kertas kerja ini, pelaksanaan program pendidikan inklusif ini perlu dibuat bagi memastikan kejayaanya dan di akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Untuk kelas inklusif yang berjaya, guru-guru biasa dan guru Pendidikan Khas perlu memberi penekanan terhadap komunikasi semua guru yang terlibat dalam program ini mesti bersikap jujur dan terbuka dalam menangani segala masalah dan peranan yang timbul.
Guru-guru yang terlibat dalam kelas pendidikan inklusif hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada yang dirancangkan. Di samping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas Pendidikan Khas perlu bekerjasama dan menerima kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai pelbagai perbezaan individu.
Pelaksanaan Pendidikan Inklusif memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat dihasilkan. Pendidikan inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan untuk golongan berkeperluan khas di Negara kita.






9.0  RUJUKAN

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Kamariah Jalil. ( 1995 ). Ke Arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.
Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort, Terengganu

Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif Ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan Untuk Semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia

Dr Abdullah Yusof, Safani Bari, Mohd Mokhtar Tahar.(2011). HBSE1103 Pengenalan Pendidikan Khas. Hak cipta © Open University Malaysia (OUM)





No comments:

Post a Comment